Sunday 16 June 2013

Si daie meratap lagi..



''kalau anda mmg keberatan utk memenuhi perjanjian, lebih baik anda tidak membuatnya sama sekali, kerana tidak ada seorang pun yang memaksa anda untuk mengucapkan janji hanya di mulut sahaja, kerana suatu perjanjian yang kosong dan hampa tidaklah ada gunanya''
(Dasar-dasar Islam, al-Maududi)

*gulppp..bahasa yang paling simple mudah dan jelas...takde simbolik, takde analogi..ambik kau!..tergugah kat dada yg membacanya ni...aiiishhh..pagi2 lagi da asyik dapat amaran, ketukan, hentaman...boleh tak kalau nak cakap down sgt dengan ketukan2 yg macam ni...boleh la yer..sbb sy ni manusia beremosi..hekkk

tak lama pulak lepas tu, belek2 skrin lappy, dapat lagi ketukan yang turut mendownkan lagi...setelah membaca 'Surat dari Rijal Yang Mati' (dedikasi untuk ISHAB) kat fb, aisssshhhhh...*pengsan..sebak kat dada..arrrrrrrrr..agagagaga..orang hebat camtu pon bole claim takde hati..aku ni?? *gulp...sorok kepala bawah bantal...agagagagaga...

down...seyes down...bila fikir2, aku ni daie ke?ke manusia biasa yang giler2 mengaku diri daie..giler2 nak mati syahid...giler2 nak terbang sana sini...giler2 cakap banyak pong pang pong pang, tapi rupa2 rupanya sekam padi je....aiyokkkk...subhanallah..sakit kot rasa bila asyik fikir kelemahan diri ni..boleh je tak fikir..tapi buat apa jadi manusia, kalo tak reti nak reflect diri...pangggggg!!

kadang-kadang hairan dengan lagaknya manusia yg menaip ni, bukan kadang2, selalu la jugak, pengisian dapat sana sini..plan itu plan ini..syura itu syura ini...join orang buat tu buat ni...tapi, ada masa, bila check balik, ''betol ke aku yang buat sume tu?'', bila time nak memberi, garu kepala, garu tengkuk..''apa yang aku nak bagi ni?''...kenapa yer kakak? bila konflik dalam kepala, meraja kat hati, duk asyik maen tarik tali..bila rasa tak buat 'keje', gelisah jugak ke kanan ke kiri, ..aiiishhh..apa masalah?? *dan tak paham jugak, asal macam bunyi pantun pon ada jugak ayat2 ni*

arrrr...hakikat manusia, atau hakikat cik kak yang menaip, selalu rasa diri ni lemah..memang patot pon..ke tak?..kenapa semua orang berlari2 pecut, tapi saya masih lari2 anak...kenapa semua orang dah berbuih2 mulut, saya asyik telan air liur ni?...kenapa??kenapa??kenapa?? inferior tahap infinity kah aku??tapi tak rasa pon inferior sgt..hahaha..*gelakberlagak..

*tengokcermin..not literally cermin la, belek2 jerawat kat muka, errr..kenapa yer?kalau fikir tak layak, for sure la memang tak layak..tapi masa awl2 nak start dulu, da memang firm dah, ''kalo pk tak layak, bilanya nak start, nak tggu layak, bukannya ada sijil kelayakan pon, kang malaikat izrael datang dulu kang''...dan alhamdulillah, Allah masih tsabatkan..wooowooowooo.. *nanges berhingus terharu dengan Dia..

tapi, sakit...literally sakit kat dada, panas hati, dengan diri sendiri, sedih, takut yang lebihnya...takut dengan ayat as-Saff: 

''Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu menyatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan''
(Surah as-Saff:2)

takut andainya dihadapanNya kelak, segala yang disangkakan amal, hanyalah debu-debu berterbangan semata2..*nanges*...subhanallah, memangnya, banyak sangat khilaf, kelemahan, compang-camping sini sana..dosa hati..dosa fizikal..dosa pada Pencipta...dosa pada manusia..subhanallah... takut...takut...sebab hakikatnya, kita hamba Dia, dan pada Dia kita akan kembali...subhanallah.. *nanges*..segan..segan dengan Dia..segan dengan Rasulullah...time baca pasal dia, nanges berbaldi2, tapi..actionnya?..seyes segan..

menyintaimu..tak pernah aku sesali..

Khauf wa Raja'..takut dan berharap...sesungguhnya, berharap...sangat berharap, cukupkan kekurangan hambaMu ini Ya Rabb, mampookan mana yang tak mampoo...kuatkan mana yang lemah...tunjukkan jalan bagi yang kabur...sebabnya, nak terus tsabat..giler2 nak tsabat...sebab Kau semata..tatkala hati ini faham akan erti tapisan tu, sangat2 berharap tak nak jadi yang tertapis...butuh kekuatanMu untuk kuatkan langkah..rajinkan diri untuk topup segala kekurangan..dosa lampau banyak...jahiliyah itu ini..kuatkanlah untuk benar2 erase semua jahiliyah2 tu..taknak jadi yang ironi lagi..taknak..taknak jadi tin kosong yang banyak bunyi..taknak jadi agar2 terlebih air lagi...kuatkanlah ya Rabb..pimpinlah..papahlah...*nanges*..mudahkanlah segala jalan menujuMu ya Allah..pinjamkan kekuatanMu ya Rabb..

tarbiyah itu mengubah..yang dulunya tak faham kalimah syahadah, boleh faham..boleh hadam..tapi, butuh kekuatan untuk laksanakan...subhanallah..yang kerdil terus meminta...andai ini jalan Kau rancangkan untukku, tetapkan aku di jalan ini...futur terbalik macam mana pon, aku masih ingin kekal di jalan ni, bawaku pulang kembali...

make me strong..Jika benar untukMu, mudahkanlah.

''Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (surah al-Muzzammil:20)

hasbi ya Allah hu wanikmal wakil

Wednesday 12 June 2013

ku pinta nafas panjang..

mengintai..
tersenyum...
lambat2 airmata mengalir..
hiba..hiba..
mengintai lagi..
lama ku tenung..
di hati terdetik sebaris doa..
harapan..cita cita..
buat mereka..dan diri yg makin tenat..
okay,cukuplah untuk hari ini..
esok mungkin mengintai lagi..
duduk..terdiam..tertunduk..
bahagianya mereka..
gembiranya mereka..subhanallah..
ibarat si kecil yg begitu leka bermain dgn babydoll baru yg dibeli papanya..
sampai lupa makan dan minum..
lupa akan rancangan upin ipin di kaca tv. .
lupa rakan sepermainan di setiap sore hari..
begitulah lagaknya mereka..
tatkala mendapat apa yang dikejar..dapat memanifestasikan obsesi masing2..
bahagianya mereka..
tersenyum..bersyukur..
tapi hiba di sudut hati..
sebab disini..
yg asyik mengintai tadi..
merenung dalam2 'babydoll' nya yang kian longgar ikatan rambutnya..
tercabut klip rambutnya..
lusuh skirt pinknya..
tunduk..airmata mengalir lagi..
lama..lama difikirnya..saat kekuatan itu datang,dia gagah..
saat lumpuh..dia tenggelam..
egonya mulai berkata2,
aku tidak melemah..
aku tidak lemas..
tapi aku hanya kekurangan bekal..
bekal yang ku kira cukup..
rupa2nya habis di awal perjalanan..
ku cari kekuatan..
cuba ku tambah disepanjang perjalanan..
lambat..mungkin lambat..
ku gagahkan juga..
ku redah nafsu yang cuba meraja..
berbuat sesuatu atas izzah terhadapNya..
cuba menyampaikan pada mereka2 yang ku cinta..
tentang Dia..
biarpon aneh dipendengaran..
ku gagahkan..
mujahadah ku bertongkat2 melawan batu bata terpacak di jalanan..
ku buat segala yang songsang di pandangan mereka..
yg pelik..yg baru di fikiran mereka..
aku buat..
biarpon menangis sorang kemudiannya..
ya,itu mujahadah ku..
tidak cukupkah?
sia2 kah?
mana mungkin aku lakukan untuk memuaskan aku, egoku sendiri..
menangis..teresak lagi.
tapi untukmu ego,
renungkan kembali..
disebalik mujahadah mu,
mungkin terlepas sumber penguat yang utama..
yang memangnya sumber bekalmu yang utama..
usah salahkan suasana..
usah salahkan mereka yang bergumbira..
usah salahkan mereka yang menjeling mata..
bahkan usah salahkan cita2..atau mungkin bukan cita2..
lebih tepat angan2 semata..
sedarlah..
arrgghhh..ini bukan angan2..
ini cita2..
seorang yang lemah dan senget.
tapi ianya cita2..yakin..
cukuplah mengherdik diri..
kamoo punya segala hujah utk mematahkan yang melemah..
kamoo mampoo pikirkan cara untuk atasi yang menggugah..
senyum..
"Allah sedang mengujimu tentang sabar dan ikhlas..bahasa hati berbisik sendiri ..
senyum..
sabar tu susah..
sebab tu ianya jadi sumber kekuatan..
ikhlas itu payah..
sebab itu rahsianya Tuhan..
mereka melaju..
kamoo merangkak..
mereka meninggalkan kamoo..
kamoo disini butuh pertolongan..
sedarlah kamoo..
bukan mereka yang salah..
bukan ukhuwah ini yg goyah..
Tuhanmu benar2 menguji kamoo tentang jihadmu..
jihad mu..bukan jihad disebabkan biah solehah..
bukan jihad disebabkan ukhuwah..
jihad  utk Dia semata..
sudahlah..
cukuplah
hasbi ya Allah hu wanikmal wakil..
andai semua sedang berpaling darimu..
cukuplah Dia yg menjadi teman perbualanmu ..
teman curhatmu..
senyum..seka airmata..

*tarik nafas panjang2..
 
"sekarang Allah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahwa ada kelemahan padamu. Maka jika di antara kamu ada seratus yang sabar,nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang musuh,dan jika diantara kamu ada seribu orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah.Allah beserta orang2 yang sabar" (surah al-anfal 8:66)

*andai ini aturannya Dia,insyaallah,kuatlah hati..kenapa berani bermula jika hanya inginkan berada di lembah..ingin mati saat di puncak kan?kuatlah hati..Allah kira jika benar kamoo berbuat sebab Dia..andai tak tercater,pintalah pd Yg Menyusun Segalanya,bukan belas ihsannya manusia..kamoo ni..ishhh..dan Allah bersama orang yang sabar..sabar..sabar..

*tarik nafas panjang2

p/s:andainya ada yang terbaca,maap dipinta andai post sentiasa berbaur sangat negatif..tulisan byk masanya gagal menepati apa yang dirasa..tapi manusia expressive ni kehilangan manusia utk diluahkan...Allah ada je..dan Dialah yg utama..tapi sakit simpan sorang2..nak teros menguat..perlukan sokongan antunna jugak..sbb sy suka manusia..tapi andainya sy bkn priotity,xpe je ..mgkin Dia nk sy ngn Dia je..doakan..*senyum

Saturday 8 June 2013

ironi seorang daie..


KOSONG...
genap dua minggu di bumi yag dirindooi 9 bulan lalu..pandang kanan, pandang kiri..kosong..tengok fon, kosong..bukak insta..kosong..bukak LINE, kosong..bukak weChat, jahiliah..bukak group fb, kosong..kosong..sume kosong..zahirnya, tatkala berdepan femly tercinta masih berwarna, bahagia, indah, wangi, liplapliplap, masih tersenyum, gelak2 manja..tapi bila seorang2, sakit, rentan, menggelupur, berketar2, nak menyorok, nak lari..lari dari nafsu..rasa dihambat oleh bayang2 sendiri...kenapa? sbb hakikatnya, dia sedar yang dia punya keje..hutang berlambak2..hak2 bermacam2 yang masih tak settle...dan dia tak berbuat apa2..mana mungkin, seorang yang  tahu statusnya sebagai abid dan daie nak 'be in denial' tentang statusnya sendiri..hanya memilih untuk menjadi abid semata2..lama kelamaan, dia makin longlai,layu, kurus,  ibadahnya makin kurang, doanya makin pendek, sujud malamnya makin berkurang, puasanya ikot keadaan,  jahiliah makin mencocok2 kembali..arggggghhh...sakit...hakikat ini sakit untuk dihadam...sakit untuk disimpan seorang2...tapi sememangnya aku seorang....pandang kanan pandang kiri kosong...kosong..seorang...

tin kosong..tungtangtungtang la bunyinya..

INDAH..
cuti summer sangat indah, tapi indahnya penuh dengan jahiliah..di setiap pelosok, mengingatkan kepada jahiliah..jahiliah lama...indah..sangat indah...tapi taknak  pon rasa keindahan yg kejap ni..tapi dia kalah...takot dibilang orang sombong..takot dibilang orang, mentang2 da study nun jauh di sana, da lupa kenalan lama..sekali-kali tidak...subhanallah...lalu dia pon tewas..mesej2 itu mula dibalas..tewas..lagu2 indah itu mula dilayan kemerduanya..keenakan liriknya..tewas..sebab fatwa hatinya mula longlai untuk berhujah...bila mana hati sudah terdetik sedemikian, bila mana orang yg difikirkan, lebih diutamakan, sedarlah dia yang dia memang sedang sakit....alahai..kesian dia..sakit sorang2..tapi memang pon...sume orang pon tengah sorang2..sume orang tgh struggle..tapi struggle sume orang pastinya berbeza..jujur saja..jujur je...siapa yang kamoo cari sebenarnya?

HUTANG..
hak itu hak ini..komitmen itu komitmen ini...dulu, cakap besar, azam besar, jadual kotak berhelai2..pongpangpongpang nak buat itu ini...tuptup dia jadi manusia paling miskin..paling penuh hutang..meeting yg dihadiri sekadar memenuhkan kedatangan..tiada rasa 'excited' untuk menyumbang..komitmen itu pula..masih bertangguh2..cuba mencari alasan...''macam tak ramai lagi yang pulang'', ''cuti sekolah orang sibok''..hellow?macam tu ke lagaknya seorang yg ingin
berdakwah?subhanallah..kadang2 dia buntu, banyak masa dia ingin saja pengsan tanpa bangun, sbb beban ini tak layak pon dia pikul..dia tu, teramat lembik kot..macam agar2 terlebih air..macam cendol, bahkan lebih lembik dari itu..tapi dia diminta menjadi kek sponge..yg lembut tapi tak patah..sedap dimakan..(analogi pon ntah pape da)...itulah dia..beban ni berat utk dia...tp dia tau, hakikat berat ni hanya benar2 dirasa sebab dia sedang sakit..kalau ruhnya sihat, mana mungkin dia terasa berat beban ini..sebab dia tau matlamat sebenar yang dia cari...owhh..hutang..fakirnya dia...


konklusinya, dia tewas...tewas pada nafsunya..tewas pada angan2nya...tewas pada keadaan sekelilingnya..tewas pada jahiliah yang asyik menjenguknya..dia tewas...tapi, dia sedar Allah sedang memandang, Allah sedang memanggil pulang..dan dia memangnya sedang mencari jalan pulang..mungkin susah..perit..merangkak..mengengsot sambil menggelupur...lantaklah..yang dia tahu, dia nak pulang..dan dia tahu, Allah sentiasa menungguNya jika benar jalan pulang yang dicarinya..

 owh my Rabb, kuatakn hambaMu ini..sebab Dia masih ingin berkerje untukMu,,sbb Dia masih ingin bersyukur di atas nikmatMu..sebab Dia sedar yg dia adalah hambaMu..

*mukabersungguhikatkainkatkepala