Wednesday 16 January 2013

dan nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?


 ''dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan'' (surah ar-Rahman)

 

pada awan biru ku melakar kata-kata..pada langit cerah, ku panah semua cerita..dengarlah mentari suara hati ini menyanyi..

dan Dia bersama kita,Dia melihat kita, dan Dia mendengar kita
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..Dia yang memberi segala nikmat..nikmat terbang di langit biru, nikmat berada di puncak Gibraltar, nikmat melihat indahnya pokok2 al-Hambra di'trim' elok sekali, nikmat melihat buih2 di pantai Malagueta, nikmat ber'mafia' di malam hari, nikmat sujud menyembah Allah di khalayak ramai, nikmat dipandang asing di bumi yang dahulunya Islam ku gah di situ, nikmat merasa hiba tatkala masjid2 itu kini bergelar cathedral, nikmat berbahasa isyarat dengan orang local, nikmat bertemu dengan pakcik ibrahim yg sangat izzah dengan islam, nikmat makan durum dan kebab hampir setiap hari (errr,sumpah akan puasa kebab satu sem), nikmat makan nasi paella yang sarat dengan udang, sotong, kerang segala bagai seafood sampai jerawat da mula berjemaah kat pipi montel dan kulit muka yang mulus ini..eehhhhh... nikmat sengih sampai ke pipi berposing maut ala2 artis gila glamour gitew dengan mereka2 yang turut sama2 ingin mengejar redhaNya, nikmat suap menyuap di airport sbb nk habeskan stok sardin, buah delima dan pisang khaki, beskut custard cream dan borboun before pulang walaupon dipandang tak ubah seperti kebuluran tak makan dua bulan, nikmat nikmat nikmat nikmat nikmat....nikmat (10 kali...ehhh..ooppss).. subhanallah...nikmat2 tuuuu..owhh..pengsannn..tak terhitung dek biji tasbih..tak terluah dek kata2 yang puitis..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

dan Dia yang mengizinkan hambanya yang kerdil ini berjalan di bumi Spain selama 9 malam 9 hari.. dari Malaga-Granada-Cordoba-Serville-Barcelona..subhanallah...melihat bumi itu..melihat hamba2nya di situ..melihat tinggalan2 islam di situ..speechless..hiba dengan apa yang dilihat..tapi kesyukuran tak putus ingin ku sampaikan kepadaNya..sebab dalam banyak2 tempat, Dia bawa aku ke situ..bukan ke paris utk melihat eiffel tower, bukan pulang ke malaysia utk bersama femly terchenta, bkn juga diam di dalam duvet di dublin membilang hari utk menanti snow turun, dalam banyak2 hambaNya, aku juga yang dipilih ke situ...bersama orang2 yang terpilih itu juga..kadang2 terfikir, tertanya, apa yang sedang Kau plan kan utk aku?..besar tak tanggungjawab aku lepas ni kalau aku da tengok sume ni ngan hati, mata, kepala sendiri?subhanallah,.bumi yang dahulunya ditawan atas dasar jihad dan taqwa..demi menyebarluaskan islam...tapi akhirnya jatuh ke tangan christian atas sebab kelalaian..gah dengan duniawi..subhanallah..seram sejuk..meremang bulu tengkuk..sejarah itu diulang2..tapi yang mencorakkannya adalah manusia..mungkin mereka, mungkin dia, dan mungkin aku..takottnyaa...one thing to ponder, whether i want to be the history or a apart of the history..fikir2 dan hadam yer makcik..
yang mendengar bicara, yang memberi rasa, yang menghidupkan hati yang mati, yang menggerakkan anggota yang kaku..

kadang2..bole jadi selalu..takot sangat dengan segala nikmat yang Dia bg ni..sepanjang hidup..Dia selalu letak hambaNya ni kt 'tempat tinggi'..dpt no satu time darjah satu...ehh..dapat peluang stdy oversea (kononnya tinggi la..tp nikmat kn tu)..dpt naek kpl terbang free2..dpt travel free2 takyah mitak duit mak bapak (walaupon skam seyesly da pokai), n even masa g spain, everyday panjat tempat tinggi..puncak Gibratar la..puncak Gibrafaro la..puncak alcazar (fortress/kubu) tu la..ni la..tinggi..secara simboliknya, Allah da letakkan aku di tempat tinggi..tinggi..tapi, sejauh mana aku memandang ke bawah...sejauh mana aku memandang balik peluh2 yang yang telah menitis2 sepanjang aku panjat ke puncak2 tu..sejauh mana aku bersyukur atas nikmat2 ni..bersyukur kat  Dia yang membenarkan aku berada di puncak2 ni..secara simboliknya, memang konpem la aku kena buat something..amboii, da dapat nikmat segala bagai tu,tapi still nk manja2 maen gesek2 bawah ketiak orang ke yang oi...memang tak la kan?insyaAllah, semoga Allah sentiasa zuhudkan hambanya ini..semoga Allah pimpin hambanya ini supaya tidak sekali2 kufur atas nikmat..

''ilal jannati zummara'' 
satu benda lagi yang buat hamba ini terketuk2 time jaulah tu bila pandang wajah2 mereka2 yang bergelak ketawa, muka bahagia sepanjang jaulah tu..subhanallah..nikmat yang tak pernah dipinta2, tapi Allah tak pernah tak bagi..nikmat ukhuwah...at first, sombong dan bongkaknya rasa hati ni..terfikir dalam hati, bestnya klau dapat jaulah dengan akhawat2 yang laen..akhawat kmb dulu..yg dulunya sentiasa berdaurah bersama...terdampar kt station train, station bas sama2..dipandang pelik dan asing oleh bangsa melayu sendiri...di'ejek2' ustazah oleh pemuda pemudi yang ramah tamah di sekeliling (bangga kot orang panggil ustazah, walaupon yang dipanggil2 tu konpemnya bukan aku, *tunduk) ...berkongsi roti sekeping bersama2..yang dulunya sentiasa berpeluh besar peluh kecik 'bekerja' sama2..tersengguk2 dlm train sama2..melihat sesuatu accident as tarbiyah Allah bersama2..subhanallah..bestnya..at first, time jaulah tu, rasa sumenye teknikal..takde orang nak betolkan kompas ke?takde orang nak tanya perasaan or share perasaan ngan sy ke?takde orang nak share ayat ke?subhanallah..teroknya..mendamba sesuatu yang tak kena pada tempatnya..tapi..alhamdulillah..rasa tu Dia yang bagi..rupa2nya tarbiyah yang lagi besar Allah nak bagi rupanya..melalui orang2 baru yang baru je tersentuh ngan tarbiyah, tapi berlari bagai atlet di pentas arena olimpik yang nampak jelas garisan penamat di hadapan mereka..terharu tengok diorang..*nanges tertunduk..mereka itu..yang baru mengenal bulatan gembira..baru sahaja menggunakan term2 'tarbiyah' such as jazakillah khair, tsiqah, hadaf dan sebagainya..terharu..tengok disebalik gelagat riang diorang, pose maut diorang, hilai tawa diorang, rebut merebut makanan diorang, 'bolok2' diorang, diorang juga sama seperti akhawat ku dulu...sama..sama2 nak cari Allah..subhanallah...terharu terharu terharu dan terus terharu...mereka juga turut melihat dengan kaca mata yang sama..turut berasa hiba tatkala melihat hilang itu hilang..turut merasa asing di bumi iti..syukur kepadaNya..yang menemukan aku dengan mereka2 ni..mengingatkan aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang da tersedia..mengingatkan aku supaya tidak melangit sangat...baru je berpisah tak sampai sehari dengan mereka2 itu, tapi sesungguhnya, Dia yang Maha segala Maha tu da bagi rasa rindoo da kat diorang..waaaa!!!*nanges lencun baju...semoga Allah kekalkan ukhuwah antara kami sehingga kami menjadi rombongan2 ke syurgaNya kelak..semoga Dia tsabatkan kami, teguhkan hati2 kami, ikatkan kami, kekalkan kami di jalan dakwah dan tarbiyah ini..sbb aku sangat merindoo untuk 'bekerja' bersama2 dengan mereka2 yang benar cintakan redha Mu..subhanallah..semoga kelak, mereka2 itulah orang2 yang aku bakal rindooi tatkala tidak bersama..subhanallah..jazakunallahu khairan katseera buat kalian..

tarbiyah dan tarbiyah...dalam setiap langkahku, ku mohon redhaMu, dalam setiap doakan, ku pohon perhatianMu, andainya hamba Mu ini dicipta untuk berkhidmat untukMu, jagakan hamba ini untuk menjagaMu, menjaga agamaMu, menjaga mereka2 yang memburu redhaMu, dan turut sama kuat menguatkan untuk  diangkat lebih tinggi di pandangan Mu kelak..ingin bersyurga dengan mereka..
.subhanallah..*nanges sampai mengantok..

 ''Dan nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?''


kekalkan mata ini untuk melihat segala tarbiyah mu..kekalkan hati ini untuk merasa setiap tarbiyah Mu, kekalkan anggota ini untuk sentiasa melangkah mencari redhaMu..semoga setiap langkah ku di muka bumi ini adalah langkah pembebasan..

ku pinta syahid sebagai hamba di jalan Mu..
la ghalibu ilallah..


sekian..nota jejakandalus..
wassalam..


No comments :

Post a Comment