Thursday 12 September 2013

kisah si pencinta awan


dia termenung..
jauh....jauh ke langit biru..langit Dublin...langit ciptaan Tuannya..
indah..
senyum..subhanallah..
tedetik di hati..
''Ya Allah..satu hari nanti aku mahu ke atas sana...berlari riang di atas awan..melompat girang di atas awan..''
senyum..
ahhhh..angan-angan..indah belaka..
 tersedar..
kedengaran bunyi..
halus...tajam..menyocok-nyocok pangkal hati..
bunyi apa?
mungkin bunyi riang ria kanak-kanak Irish yang sedang leka bermain di luar sana..
gembiranya mereka..
walau bukan di atas awan..
''Ya Allah..aku mahu ke sana''
dia bermonolog lagi..
senyum..
imaginasi tadi masih belum benar-benar hilang..
dan bisikan itu berbunyi lagi...
panjang..
dia terdiam..
dan kini imaginasinya tadi benar-benar hilang..
bicara..
seseorang..
ditelitinya..
ohh kisah tentang sekeping hati...
yang ideal cita-citanya..
diteliti bait-bait bisikan itu..
sayu sahaja..
jeda berkali-kali..
putus-putus..
seakan-akan teresak-esak..

''hati..milik Dia yang mencipta...yang melahirkan kasih sayang..yang meniupkan emosi...yang membolak-balikkan..ada kalanya merah..ada kalanya hitam...hati yang sering bermimpi..yang sering berangan-angan..yang sering bercita-cita...hebat cita-citanya..dahsyat..apa yang hati cita-cita kan?
cita-cita sang hati..
hati kata, aku mahu jadi dia, si Abdullah ummi Makhtum,gilakan 'kerja'..tak sedar dirinya kekurangan..menangis teresak-esak tatkala seruan jihad dikecualikan..tapi anehnya, si buta itu tetap syahid di medan juang..
hati kata, aku mahu jadi seperti si Abu Bakar, sibuk dengan hal-hal orang sedari celiknya mata...bila ditanya amalnya di tengah hari, ''alhamdulillah, sudah selesai aku kerjakan''
hati kata, aku nak jadi dia, si salman al-farisi, ke hulu ke hilir mencari makna diri..bukan sehari..bukan seminggu..bertahun-tahun..mencari Pencipta..mencari dia yang membawa risalah..kerna sedar dirinya perlukan Tuhan..
hati kata, aku mahu punya ruh setangkas Hanzalah..laju..maju ke medan perang..tamakkan syahid lebih dari cintanya pada dunia..tak sempat merasa nikmat dunia habis-habisan..tapi, untunglah, syahidnya diiringi senyuman kekasihnya Dia..
hati kata, hati mahu jadi seteguh ibunya Musa, sanggup mengorbankan cinta..si anak yang masih dalam susuan ke Sungai Nil..mungkin saja anaknya kelemasan dilambung arus deras..mungkin jua mati kelaparan..tapi dia, penuh tawakal..baginya cukuplah Allah sebagai wakil..kerana cinta dan tawakkalnya pada Dia yg mewahyukan..
hati kata, jadikan aku seperti mereka, Ansar itu, lain suku sakat, darah daging, tapi sibuk nak hulur itu ini kepada saudara baru mereka, muhajirin..serah harta, miskinlah mereka...serah isteri, terkorbanlah cinta..dan nyawa itu tak boleh dibeli, tapi itu jugalah yang dijual mereka...
hati kata, aku mahu jadi sang hamba, Bilal..tulang belulang remuk satu persatu, tapi bibir tak jemu menyeru nama Tuhannya dan Tuhan ku.. ''Ahad.. Ahad..Ahad..'' ihsannya dia..sebab dia tahu pada siapa dia menjadi hamba..
subhanallah..hati kata, aku mahu jadi seperti dia, kekasihNya Dia..Rasulullah..pembawa risalah islam sehingga hidup ke hari ini...si yatim..yang dihina...dibuang bapa saudara sendiri..dipulau kaum yang dulunya sangat menghormati..teguh...mana pernah putus asa lahir dibenaknya..dan manisnya,  umat merasa buah cintanya sehingga ke hari ini...Ya Rasulullah..aku mahu jadi sepertimu..''salahkan untuk aku bersyukur''..kakimu bengkak...dahimu tetap di tempat sujud mu..sedangkan engkau adalah Rasul..sedangkan kau maksum...tapi..''salahkan untuk aku bersyukur''....subhanallah..
hati merasa hina..hati merasa segan..layakkah hati berangan-angan..''

dia yang mendengar menangis..
turut merasa segan..turut merasa malu..
sebab dia juga punya angan-angan yang sama..
cita-cita yang sangat ideal itu..
dia menarik nafas panjang...
sudah lama dia di situ rupanya..
termenung di tepi tingkap...
melayan bisikan..
melayan angan-angan..
dia bingkas bangun..
Ya Allah yang mengilhamkan..kuatkanlah dia...
teguhkan niat dan cita-citanya..demi redha Mu semata..
andai suatu hari dia tersalah jalan, semoga coretan ini bisa mengembalikannya pulang..insyaallah..




















Sunday 16 June 2013

Si daie meratap lagi..



''kalau anda mmg keberatan utk memenuhi perjanjian, lebih baik anda tidak membuatnya sama sekali, kerana tidak ada seorang pun yang memaksa anda untuk mengucapkan janji hanya di mulut sahaja, kerana suatu perjanjian yang kosong dan hampa tidaklah ada gunanya''
(Dasar-dasar Islam, al-Maududi)

*gulppp..bahasa yang paling simple mudah dan jelas...takde simbolik, takde analogi..ambik kau!..tergugah kat dada yg membacanya ni...aiiishhh..pagi2 lagi da asyik dapat amaran, ketukan, hentaman...boleh tak kalau nak cakap down sgt dengan ketukan2 yg macam ni...boleh la yer..sbb sy ni manusia beremosi..hekkk

tak lama pulak lepas tu, belek2 skrin lappy, dapat lagi ketukan yang turut mendownkan lagi...setelah membaca 'Surat dari Rijal Yang Mati' (dedikasi untuk ISHAB) kat fb, aisssshhhhh...*pengsan..sebak kat dada..arrrrrrrrr..agagagaga..orang hebat camtu pon bole claim takde hati..aku ni?? *gulp...sorok kepala bawah bantal...agagagagaga...

down...seyes down...bila fikir2, aku ni daie ke?ke manusia biasa yang giler2 mengaku diri daie..giler2 nak mati syahid...giler2 nak terbang sana sini...giler2 cakap banyak pong pang pong pang, tapi rupa2 rupanya sekam padi je....aiyokkkk...subhanallah..sakit kot rasa bila asyik fikir kelemahan diri ni..boleh je tak fikir..tapi buat apa jadi manusia, kalo tak reti nak reflect diri...pangggggg!!

kadang-kadang hairan dengan lagaknya manusia yg menaip ni, bukan kadang2, selalu la jugak, pengisian dapat sana sini..plan itu plan ini..syura itu syura ini...join orang buat tu buat ni...tapi, ada masa, bila check balik, ''betol ke aku yang buat sume tu?'', bila time nak memberi, garu kepala, garu tengkuk..''apa yang aku nak bagi ni?''...kenapa yer kakak? bila konflik dalam kepala, meraja kat hati, duk asyik maen tarik tali..bila rasa tak buat 'keje', gelisah jugak ke kanan ke kiri, ..aiiishhh..apa masalah?? *dan tak paham jugak, asal macam bunyi pantun pon ada jugak ayat2 ni*

arrrr...hakikat manusia, atau hakikat cik kak yang menaip, selalu rasa diri ni lemah..memang patot pon..ke tak?..kenapa semua orang berlari2 pecut, tapi saya masih lari2 anak...kenapa semua orang dah berbuih2 mulut, saya asyik telan air liur ni?...kenapa??kenapa??kenapa?? inferior tahap infinity kah aku??tapi tak rasa pon inferior sgt..hahaha..*gelakberlagak..

*tengokcermin..not literally cermin la, belek2 jerawat kat muka, errr..kenapa yer?kalau fikir tak layak, for sure la memang tak layak..tapi masa awl2 nak start dulu, da memang firm dah, ''kalo pk tak layak, bilanya nak start, nak tggu layak, bukannya ada sijil kelayakan pon, kang malaikat izrael datang dulu kang''...dan alhamdulillah, Allah masih tsabatkan..wooowooowooo.. *nanges berhingus terharu dengan Dia..

tapi, sakit...literally sakit kat dada, panas hati, dengan diri sendiri, sedih, takut yang lebihnya...takut dengan ayat as-Saff: 

''Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu menyatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan''
(Surah as-Saff:2)

takut andainya dihadapanNya kelak, segala yang disangkakan amal, hanyalah debu-debu berterbangan semata2..*nanges*...subhanallah, memangnya, banyak sangat khilaf, kelemahan, compang-camping sini sana..dosa hati..dosa fizikal..dosa pada Pencipta...dosa pada manusia..subhanallah... takut...takut...sebab hakikatnya, kita hamba Dia, dan pada Dia kita akan kembali...subhanallah.. *nanges*..segan..segan dengan Dia..segan dengan Rasulullah...time baca pasal dia, nanges berbaldi2, tapi..actionnya?..seyes segan..

menyintaimu..tak pernah aku sesali..

Khauf wa Raja'..takut dan berharap...sesungguhnya, berharap...sangat berharap, cukupkan kekurangan hambaMu ini Ya Rabb, mampookan mana yang tak mampoo...kuatkan mana yang lemah...tunjukkan jalan bagi yang kabur...sebabnya, nak terus tsabat..giler2 nak tsabat...sebab Kau semata..tatkala hati ini faham akan erti tapisan tu, sangat2 berharap tak nak jadi yang tertapis...butuh kekuatanMu untuk kuatkan langkah..rajinkan diri untuk topup segala kekurangan..dosa lampau banyak...jahiliyah itu ini..kuatkanlah untuk benar2 erase semua jahiliyah2 tu..taknak jadi yang ironi lagi..taknak..taknak jadi tin kosong yang banyak bunyi..taknak jadi agar2 terlebih air lagi...kuatkanlah ya Rabb..pimpinlah..papahlah...*nanges*..mudahkanlah segala jalan menujuMu ya Allah..pinjamkan kekuatanMu ya Rabb..

tarbiyah itu mengubah..yang dulunya tak faham kalimah syahadah, boleh faham..boleh hadam..tapi, butuh kekuatan untuk laksanakan...subhanallah..yang kerdil terus meminta...andai ini jalan Kau rancangkan untukku, tetapkan aku di jalan ini...futur terbalik macam mana pon, aku masih ingin kekal di jalan ni, bawaku pulang kembali...

make me strong..Jika benar untukMu, mudahkanlah.

''Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (surah al-Muzzammil:20)

hasbi ya Allah hu wanikmal wakil

Wednesday 12 June 2013

ku pinta nafas panjang..

mengintai..
tersenyum...
lambat2 airmata mengalir..
hiba..hiba..
mengintai lagi..
lama ku tenung..
di hati terdetik sebaris doa..
harapan..cita cita..
buat mereka..dan diri yg makin tenat..
okay,cukuplah untuk hari ini..
esok mungkin mengintai lagi..
duduk..terdiam..tertunduk..
bahagianya mereka..
gembiranya mereka..subhanallah..
ibarat si kecil yg begitu leka bermain dgn babydoll baru yg dibeli papanya..
sampai lupa makan dan minum..
lupa akan rancangan upin ipin di kaca tv. .
lupa rakan sepermainan di setiap sore hari..
begitulah lagaknya mereka..
tatkala mendapat apa yang dikejar..dapat memanifestasikan obsesi masing2..
bahagianya mereka..
tersenyum..bersyukur..
tapi hiba di sudut hati..
sebab disini..
yg asyik mengintai tadi..
merenung dalam2 'babydoll' nya yang kian longgar ikatan rambutnya..
tercabut klip rambutnya..
lusuh skirt pinknya..
tunduk..airmata mengalir lagi..
lama..lama difikirnya..saat kekuatan itu datang,dia gagah..
saat lumpuh..dia tenggelam..
egonya mulai berkata2,
aku tidak melemah..
aku tidak lemas..
tapi aku hanya kekurangan bekal..
bekal yang ku kira cukup..
rupa2nya habis di awal perjalanan..
ku cari kekuatan..
cuba ku tambah disepanjang perjalanan..
lambat..mungkin lambat..
ku gagahkan juga..
ku redah nafsu yang cuba meraja..
berbuat sesuatu atas izzah terhadapNya..
cuba menyampaikan pada mereka2 yang ku cinta..
tentang Dia..
biarpon aneh dipendengaran..
ku gagahkan..
mujahadah ku bertongkat2 melawan batu bata terpacak di jalanan..
ku buat segala yang songsang di pandangan mereka..
yg pelik..yg baru di fikiran mereka..
aku buat..
biarpon menangis sorang kemudiannya..
ya,itu mujahadah ku..
tidak cukupkah?
sia2 kah?
mana mungkin aku lakukan untuk memuaskan aku, egoku sendiri..
menangis..teresak lagi.
tapi untukmu ego,
renungkan kembali..
disebalik mujahadah mu,
mungkin terlepas sumber penguat yang utama..
yang memangnya sumber bekalmu yang utama..
usah salahkan suasana..
usah salahkan mereka yang bergumbira..
usah salahkan mereka yang menjeling mata..
bahkan usah salahkan cita2..atau mungkin bukan cita2..
lebih tepat angan2 semata..
sedarlah..
arrgghhh..ini bukan angan2..
ini cita2..
seorang yang lemah dan senget.
tapi ianya cita2..yakin..
cukuplah mengherdik diri..
kamoo punya segala hujah utk mematahkan yang melemah..
kamoo mampoo pikirkan cara untuk atasi yang menggugah..
senyum..
"Allah sedang mengujimu tentang sabar dan ikhlas..bahasa hati berbisik sendiri ..
senyum..
sabar tu susah..
sebab tu ianya jadi sumber kekuatan..
ikhlas itu payah..
sebab itu rahsianya Tuhan..
mereka melaju..
kamoo merangkak..
mereka meninggalkan kamoo..
kamoo disini butuh pertolongan..
sedarlah kamoo..
bukan mereka yang salah..
bukan ukhuwah ini yg goyah..
Tuhanmu benar2 menguji kamoo tentang jihadmu..
jihad mu..bukan jihad disebabkan biah solehah..
bukan jihad disebabkan ukhuwah..
jihad  utk Dia semata..
sudahlah..
cukuplah
hasbi ya Allah hu wanikmal wakil..
andai semua sedang berpaling darimu..
cukuplah Dia yg menjadi teman perbualanmu ..
teman curhatmu..
senyum..seka airmata..

*tarik nafas panjang2..
 
"sekarang Allah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahwa ada kelemahan padamu. Maka jika di antara kamu ada seratus yang sabar,nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang musuh,dan jika diantara kamu ada seribu orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah.Allah beserta orang2 yang sabar" (surah al-anfal 8:66)

*andai ini aturannya Dia,insyaallah,kuatlah hati..kenapa berani bermula jika hanya inginkan berada di lembah..ingin mati saat di puncak kan?kuatlah hati..Allah kira jika benar kamoo berbuat sebab Dia..andai tak tercater,pintalah pd Yg Menyusun Segalanya,bukan belas ihsannya manusia..kamoo ni..ishhh..dan Allah bersama orang yang sabar..sabar..sabar..

*tarik nafas panjang2

p/s:andainya ada yang terbaca,maap dipinta andai post sentiasa berbaur sangat negatif..tulisan byk masanya gagal menepati apa yang dirasa..tapi manusia expressive ni kehilangan manusia utk diluahkan...Allah ada je..dan Dialah yg utama..tapi sakit simpan sorang2..nak teros menguat..perlukan sokongan antunna jugak..sbb sy suka manusia..tapi andainya sy bkn priotity,xpe je ..mgkin Dia nk sy ngn Dia je..doakan..*senyum

Saturday 8 June 2013

ironi seorang daie..


KOSONG...
genap dua minggu di bumi yag dirindooi 9 bulan lalu..pandang kanan, pandang kiri..kosong..tengok fon, kosong..bukak insta..kosong..bukak LINE, kosong..bukak weChat, jahiliah..bukak group fb, kosong..kosong..sume kosong..zahirnya, tatkala berdepan femly tercinta masih berwarna, bahagia, indah, wangi, liplapliplap, masih tersenyum, gelak2 manja..tapi bila seorang2, sakit, rentan, menggelupur, berketar2, nak menyorok, nak lari..lari dari nafsu..rasa dihambat oleh bayang2 sendiri...kenapa? sbb hakikatnya, dia sedar yang dia punya keje..hutang berlambak2..hak2 bermacam2 yang masih tak settle...dan dia tak berbuat apa2..mana mungkin, seorang yang  tahu statusnya sebagai abid dan daie nak 'be in denial' tentang statusnya sendiri..hanya memilih untuk menjadi abid semata2..lama kelamaan, dia makin longlai,layu, kurus,  ibadahnya makin kurang, doanya makin pendek, sujud malamnya makin berkurang, puasanya ikot keadaan,  jahiliah makin mencocok2 kembali..arggggghhh...sakit...hakikat ini sakit untuk dihadam...sakit untuk disimpan seorang2...tapi sememangnya aku seorang....pandang kanan pandang kiri kosong...kosong..seorang...

tin kosong..tungtangtungtang la bunyinya..

INDAH..
cuti summer sangat indah, tapi indahnya penuh dengan jahiliah..di setiap pelosok, mengingatkan kepada jahiliah..jahiliah lama...indah..sangat indah...tapi taknak  pon rasa keindahan yg kejap ni..tapi dia kalah...takot dibilang orang sombong..takot dibilang orang, mentang2 da study nun jauh di sana, da lupa kenalan lama..sekali-kali tidak...subhanallah...lalu dia pon tewas..mesej2 itu mula dibalas..tewas..lagu2 indah itu mula dilayan kemerduanya..keenakan liriknya..tewas..sebab fatwa hatinya mula longlai untuk berhujah...bila mana hati sudah terdetik sedemikian, bila mana orang yg difikirkan, lebih diutamakan, sedarlah dia yang dia memang sedang sakit....alahai..kesian dia..sakit sorang2..tapi memang pon...sume orang pon tengah sorang2..sume orang tgh struggle..tapi struggle sume orang pastinya berbeza..jujur saja..jujur je...siapa yang kamoo cari sebenarnya?

HUTANG..
hak itu hak ini..komitmen itu komitmen ini...dulu, cakap besar, azam besar, jadual kotak berhelai2..pongpangpongpang nak buat itu ini...tuptup dia jadi manusia paling miskin..paling penuh hutang..meeting yg dihadiri sekadar memenuhkan kedatangan..tiada rasa 'excited' untuk menyumbang..komitmen itu pula..masih bertangguh2..cuba mencari alasan...''macam tak ramai lagi yang pulang'', ''cuti sekolah orang sibok''..hellow?macam tu ke lagaknya seorang yg ingin
berdakwah?subhanallah..kadang2 dia buntu, banyak masa dia ingin saja pengsan tanpa bangun, sbb beban ini tak layak pon dia pikul..dia tu, teramat lembik kot..macam agar2 terlebih air..macam cendol, bahkan lebih lembik dari itu..tapi dia diminta menjadi kek sponge..yg lembut tapi tak patah..sedap dimakan..(analogi pon ntah pape da)...itulah dia..beban ni berat utk dia...tp dia tau, hakikat berat ni hanya benar2 dirasa sebab dia sedang sakit..kalau ruhnya sihat, mana mungkin dia terasa berat beban ini..sebab dia tau matlamat sebenar yang dia cari...owhh..hutang..fakirnya dia...


konklusinya, dia tewas...tewas pada nafsunya..tewas pada angan2nya...tewas pada keadaan sekelilingnya..tewas pada jahiliah yang asyik menjenguknya..dia tewas...tapi, dia sedar Allah sedang memandang, Allah sedang memanggil pulang..dan dia memangnya sedang mencari jalan pulang..mungkin susah..perit..merangkak..mengengsot sambil menggelupur...lantaklah..yang dia tahu, dia nak pulang..dan dia tahu, Allah sentiasa menungguNya jika benar jalan pulang yang dicarinya..

 owh my Rabb, kuatakn hambaMu ini..sebab Dia masih ingin berkerje untukMu,,sbb Dia masih ingin bersyukur di atas nikmatMu..sebab Dia sedar yg dia adalah hambaMu..

*mukabersungguhikatkainkatkepala













Friday 26 April 2013

kamoo..yer kamoo..

tatkala nafas ini Allah perbaharui..tatkala hati Allah sucikan..tatkala badan ini Allah ringankan..ya..itu anugerah..anugerah..nikmat..hikmah...yang aku sendiri masih tercari-cari kenapa..tapi yang aku pasti, sbb Dia syg kan aku..masih beri peluang..

berada bersama dalam satu saff..bersama mereka yang Allah sucikan..yang Allah naikkan darjat..yang jiwanya suci..yang hatinya berseri2..yang imannya menerangi..subhanallah..nikmat ini..mana mungkin kesyukuran ku tak ku sampaikan kepada Mu..

tatkala berada di jalan panjang ini..aku merasa nikmat ukhuwah itu..nikmat bercinta dengan manusia dengan sebenarnya cinta..atas dasar, tidak lain, hanya atas dasar cinta kepadaNya..cinta yang tak dipinta..cinta yang tak didamba..dan aku yakin..sekali lagi yakin..bahkan berkali2 yakin..ianya anugerah..merindu dia..yang tahu perit jerih..yang tahu konflik songeh..yang tahu gelak tawa..duka airmata...yang tahu apa yang telah aku tinggalkan..apa yang aku masih berusaha untuk tinggalkan..apa yang aku ingin kan..matlamat yang satu..redha yang satu...

tapi, ada kalanya, aku kecewa, kecewa..atau bukan itu perkataannya yang hati ini sebenarnya maksudkan..tapi, perasaan ini..tatkala ukhuwah ini telah mekar..ruh kita makin menyatu seolah2 satu nyawa..ya..ruh ruh itu bagaikan satu..aku rasa..kau rasa..tak perlukan kata2..telepati itu entah dari mana datangnya..tapi, aku faham..dan kau juga faham..senyum penuh makna...saling berpelukan..saling usap mengusap..saling menagis merasa beban jalan panjang ini..saling meyakin kan..saling bergaduhan..tatkala ruh ruh kita sebegitu, aku merasakan tidak layak..ya..diri ini..tidak layak..untuk menyatu dengan ruh ruh itu...aku khuatir..aku bimbang..aku takut..aku lah orangnya, yang bisa melemahkan ruh ruh itu...dek kerana kita terlampau menyatu, saling faham, aku merasakan..tatkala iman ini rentan, dia juga turut rentan..tatkala jiwa ini sakit..dia juga turut sakit...sedangkan, aku tahu, dia kuat..dia hebat..tapi, ruh ku yang melemahkan ruh nya..ruh ku yang memulakan..maafkan aku..aku terlampau lemah utk bersatu dengan dia..mereka..tapi, tak ku pinta..sejujurnya..aku kecewa menjadi yang lemah buat dia..aku tak mahu menjadi yang melemahkan..andainya ruh ini masih diperlukan, aku harapkan doa kalian..iman ini masih ada..aku yakin ada..syahid itu masih dipinta..aku lemah, tapi aku tahu, mujahadah ku masih kuat..benar..aku sedang merangkak..tapi, yakinlah, aku masih dijalan yang sama seperti dia..biar merangkak..maapkan aku..jangan tinggalkan aku..dan aku yakin, dia tak kan tinggalkan aku..dan Dia tak pernah tinggalkan kita..dan, inginku sampaikan, telah ku pinta hati yang baru....kerna aku tak mungkin berpaling, berputus asa dari jalan panjang ini..aku ingin syahid bersama dia..

nukilan ini, aku tujukan buat dia..ya dia..andainya dia tahu dialah orangnya..kerna ingin ku sampaikan kelemahan ku kepadanya..sakit ku kepadanya..yang aku tahu, dia juga turut berada dalam keadaan yang sama..aku ingin dia tahu, ruh kita sedang sama2 sakit..iman kita sama2 melemah, dan kita tidak boleh terus begini..sbb kita pernah berjanji..janji yang tidak perlu aku ulang, kerna aku tahu, dia masih pegang..dalam sakitku ini, pinta ku buatnya, kuatkan la hati ..teruskan mujahadah..dan aku sejujurnya, sedang turut berbuat demikian..mana mungkin aku mampu berjuang seorang2..andainya dia ingin terus melemah, ketahuilah aku pun makin melemah..andainya aku melemah, dia juga turut melemah..sebab kita...adalah satu...demi cintaNya, sambutlah tangan ini..kita kuat bersama..boleh kan?

*hugs..

#not-so-random-post..dah pendam..tapi tak tahan..

Tuesday 16 April 2013

aku hairan...O.o''



aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih belum berusaha mengisi kelompongan..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi perlu dijaga mutabaahnya oleh teman..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih punya masa untuk berfikir panjang tentang perkara-perkara yang tak menambahkan iman..
punya masa berjam-jam semata mata memilih baju yang bisa disedondonkan..
punya masa berjam-jam menulis caption panjang..
punya masa berjam-jam menilik muka, menengok jerawat di cerminan..
punya masa berjam-jam men'scrolldown' newsfeeds facebook setiap setengah jam..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih tidak belum ringan badannya untuk mengerjakan solat malam..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi berkira-kira masanya untuk di'spend' di jalan panjang..
belum yakinkah dia akan janjinya Tuhan?!..
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi enggan melepaskan jahiliyahnya yang bersarang di lubuk hati, yang menjadi penghalang antara dia dengan Tuhan..
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi bisa tidur nyenyak di dalam 'duvet' hangat walaupon hakikatnya subuhnya sering ketinggalan,
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie, berkata-kata penuh lancang, tapi sayang, andai dikira dengan jari pun belum tentu ada satu pun yang dikotakan..
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie bisa saja berubah  pendirian tatkala berdepan dengan mehnah dan ujian,
jadi, untuk siapa kamu perjuangkan di jalan panjang ini?!
aku teramatlah hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih sambil lewa dalam pelajaran,
masih melebihkan 'nap' dan rehatnya sedangkan sedar bahawa masanya terlampau sedikit untuk kerjanya yang banyak,
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi punya perangai melengah-lengahkan..
aku teramatlah hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih punya keinginan untuk 'escape' tatkala beban dakwah menghambat diri..
masih belum fahamkah dia itulah hakikat jalan panjang?!
aku terus terusan hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih bergelumang dengan dosa semalam..
aku teramat hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih bahagia melayan kefuturan,
aku hairan
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih bisa merajakan egonya bekerjasama dengan syaitan..
aku hairan
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih sukar untuk berlapang dada, masih sukar bersangka baik, lebih suka menjadi kanak-kanak yang sibuk dengan alat mainan..
aku hairan dan terus terusan hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie, hatinya sering kosong..hatinya sering rentan..hatinya sering sakit..
kenapa begitu sukar diisi dengan cinta yang SATU?!
hairan..ya aku hairan..

hakikatnya, terlampau banyak perkara yang aku hairankan tentang dia, seorang daie..
mana mungkin aku 'list'kan dalam satu malam..kerana kamu telah membuat hamba ini hairan dan terus terusan hairan..
kamu 'claim' orang beriman tu nafasnya panjang..sekali lagi kamu buat saya hairan.. ironi..sangat ironi...mana mungkin seorang daie itu lagaknya seperti yang diceritakan..



sedarlah daie, kamu tidak punya banyak masa...jalan panjang tak membutuhkan orang-orang yang menghairankan macam kamu..jika benar kamu seorang daie, maka berbuatlah..jangan biar orang-orang terus hairan..sebab kamu sudah berjanji..dan dunia takkan berubah dengan orang yang lengah..


    '' wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah, Dia Maha Kaya (tidak memrlukan sesuatu), Maha terpuji''.. (Surah al-Fatir:15)

dan hakikatnya, aku hairan dengan diriku sendiri...

astaghfirullah hal azzim..

Monday 18 March 2013

tapp!!tapp!!tapp!!!ketukan demi ketukan..ketuk lagi..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang..

ngeeeeee...lama sangat tak berblog..ingatkan nak jadikan blog ni mutabaah amal every month..tak berlaku plak..banyak je benda nak tulis..byk sgt perasaan..rasa..emosi..berbaldi2..tapi takot..takot utk berkongsi..sbb takot tanpa sedar bole je tulis pape yg tak menambahkan iman diri sendiri, maupon orang laen...bole je tiba2 tulis sesuatu yg berbaur rungutan..keluhan..keriakan..takot..kalau2 terjadi hamba dia yg tak bersyukur tu..takot kalau2 apa yang ditulis ni bole jadi saksi bertulis yg boleh membanyakkan kerja malaikat sebelah kiri ni..subhanallah..tapi pencerahan Allah sentiasa tampil tatkala buntu..tadaaaaa!!insyaAllah, tu la gunanya betolkan niat..luruskan niat..tegohkan niat..semata2 sbb Dia..so, ari ni rasa nak menulis..setelah hari2 yg panjang..emosi2 yg macam2...

16 mac 2012...

dikejutkan dengan satu berita..kematian pemergian kesyahidan (insyaAllah) seorang tentera Allah..yg seyesly tak kenal pon sape...tapi, kuasa Allah, dia nak hamba Dia ni rasa...terkejut..kagum..impressed..terharu...bukan sbb akh tu hensem..tidak sama sekali...nama dia best...x la kot...sbb dia bwk bdk kmb?..errr..ntah..xtau la plak..sbb dia kwn inche gabbana??so??sbb kak muharikah pon teruja ngn dia??xde kaitan kot..tak..sebabnya Allah nak bagi rs...dalam kepala ni sgt teguh la mindset yg Allah tu klau Dia nak bagi sesuatu kat kita, by hook or by crook...ehh..by any means, akan sampai pon kat kt kita..dan kali ni, subhanallah...tak sangka, behind his death, there lies hidden message..that many of us have discovered..mungkin sume orang rasa beza2..tapi bg diri sendiri, sangat besar la impaknya...the message sent at the right time..seyesly..saat hati tengah haru biru..tunggang langgang..status yg sukar dikenalpasti..Allah datangkan penguat melalui ruh yg telah pergi..

subhanallah..kadang2 byk yg kita plan...angan2 kita panjang..nak jadi individu muslim yg osem tu..nk berBM ngn ikhwah yg mampoo DF seisi family (amin)..ehhh, nak buat baek kat msyarakat...''masyarakat ku, tgk la sy..sy islam...dan sy bangga sy islam'' ...nak bukak hospital Shahadatul Haq berkonsep islamik..pung pang pung pang..itu ini itu lagi..ini lagi..nak tmbah tu nak tambah ni..xcukup jari..klau present kat Rasulullah, mungkin baginda pon terharu..tapi kita ni, byk ckp..i mean, sy lah tu..plan mcm2..tp short termnyer progress mcm chipsmore jer..subhnallah..tp angan2 tu xslh pon..mgkin akh imam syafiq tu pon byk je cita2 dia..lg osem barang kali...tapi Allah al-Fattah tu la yg membuka jalan atas semuanya..Dia la Best-Planner tu...tapi best la, wlaupon kita tak sampai pon kat cita2 kita tu, at least kita pernah jadi manusia bercita2 besar tu..kita pernah berusaha nak capai cita2 kita tu..mcm akh iman tu..mungkin percentage 'kerja' dia Allah je tau..mgkin dia jauh sangat dari nak tengok UA tu, tp bahagia la dia..sbb dia penah berada dalam gerabak dakwah tarbiyah ni..tak kesa la jadi driver ke..jadi yang tiup wisel ke..jadi yang masukkan arang ke...tak kesa...sbb sekecik2 zarah Allah kira...dan lagi best..subhanallah..*nanges..lagi best bila sume orang da jadi saksi pon kat Allah yg dia penah bekerja utk Allah dengan bersungguh2 tu..*nages...subhanallah...nak tak jadi macam tu??nak sangat la kan??*nages..dan kini, mungkin dia da berehat dalam senyuman pon atas penat lelah dia..tu...wlaupon cita2 dia nak tengok UA bahkan berBM pon xdikecap pon..hebatnya nikmat Allah tu..subhanallah..

hadis kotak



dan kita, jom la jadi orang yg macam tu..kita yg hina ni, dari dosa yg macam2..cita2 dan angan kanak2 yg macam2 dulu..mirmo zibang..gila jajan..obses jahiliah yg ntah pape, ALLAH, dengan rahmat Dia,dengan kasih sayang Dia, nampak kita ni..Dia pilih kita utk paham agama Dia..subhanallah..nikmat apa lagi yg kita nak?subhanallah..Dia tinggikan darjat kita..Dia tunjukkan kan jalan kt kita..Dia lantik kita jd tentera Dia..dan kita pula, pilih utk jadi doktor jerrr...seyes??tak la kan..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

subhanallah..sedarla wahai saudari. yer kamooo.. sedarlah..kamoo telah dipilih Allah..kamoo penah cakap nak syahid tu kan..so, tak kesa la futur apa yg penah kamoo lalui dan sedang kamoo lalui..gagahkan la langkah kamoo tu..gagahkan la..merangkak pon merangkak la..sbb kamoo kne yakin yang Dia tengah pandang kamoo..bkn sekadar pandang..tengah smoothkan jalan yg kamoo lalui..tengah push kamoo dari belakang..yakin la..subhnallah..insyAllah...



Ya Rabb, teguhkan la kami di jalan Mu ini..sbb kami nak jadi yang dipandang lebih tu..kami tak nak jadi yg futur..kami taknak jadi yg tak bersyukur..tapi kami nak redhaMu..kami nk gelaran syahidMu..kami nak penat keranaMu..kami nak sume2 asalkan demi Mu ya Rabb.. subhanallah..kuatkan la langkah..kuatkanlah keyakinan..amin ya rabbal a'lamin..

nota kaki:
  • hari yg sama dapat tahu berita akh tu, dapat tau sesuatu pasal abah yg menggugah hati lagi emosi..abah tengah diuji dengan satu nikmat Allah..nikmat kesihatan...subhnallah..Allah je tau betapa gundah nye hati ini..setelah hampir 8 bulan tahan air mata, tak nages depan umi abah, kali ni,lencun jugak baju..subhanallah..sembuhkan la abah balik..kurniakan kesihatan yg baik kt dia, umi, adik beradik dan sume3..panjangkan umor mereka..sbb tak puas lagi DF diorang..xtersampai lg apa SH kat diorang..tak puas lagi peluk diorang..tlg la Ya Allah..kuatkn hati ini..kuatkan mereka juga..tapi impressed sgt tengok kuatnya abah lalui ujian Allah kt dia.. ''jangan la nangis, rilek je la..abah sihat..ni kejap je ni Allah nk uji..mcm demam la jugak..lama2 sihat la..insyaAllah..doakan abah..'' ..*nangesssss..hebatkan abah..sbb dia sgt bersangka baik dengan Penciptanya..='))
  • alhamdulillah, dah konpem kne bwk usrah senior...berbunga2 ni hah..da start modus operandi..moga Allah permudahkan..moga Allah ringankan..amin.

    ngeeeeeee!!!mau tsabat yokkkk!!!

''Wahai orang2 beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung..''

surah al-Imran: (3:200)