Sunday 16 June 2013

Si daie meratap lagi..



''kalau anda mmg keberatan utk memenuhi perjanjian, lebih baik anda tidak membuatnya sama sekali, kerana tidak ada seorang pun yang memaksa anda untuk mengucapkan janji hanya di mulut sahaja, kerana suatu perjanjian yang kosong dan hampa tidaklah ada gunanya''
(Dasar-dasar Islam, al-Maududi)

*gulppp..bahasa yang paling simple mudah dan jelas...takde simbolik, takde analogi..ambik kau!..tergugah kat dada yg membacanya ni...aiiishhh..pagi2 lagi da asyik dapat amaran, ketukan, hentaman...boleh tak kalau nak cakap down sgt dengan ketukan2 yg macam ni...boleh la yer..sbb sy ni manusia beremosi..hekkk

tak lama pulak lepas tu, belek2 skrin lappy, dapat lagi ketukan yang turut mendownkan lagi...setelah membaca 'Surat dari Rijal Yang Mati' (dedikasi untuk ISHAB) kat fb, aisssshhhhh...*pengsan..sebak kat dada..arrrrrrrrr..agagagaga..orang hebat camtu pon bole claim takde hati..aku ni?? *gulp...sorok kepala bawah bantal...agagagagaga...

down...seyes down...bila fikir2, aku ni daie ke?ke manusia biasa yang giler2 mengaku diri daie..giler2 nak mati syahid...giler2 nak terbang sana sini...giler2 cakap banyak pong pang pong pang, tapi rupa2 rupanya sekam padi je....aiyokkkk...subhanallah..sakit kot rasa bila asyik fikir kelemahan diri ni..boleh je tak fikir..tapi buat apa jadi manusia, kalo tak reti nak reflect diri...pangggggg!!

kadang-kadang hairan dengan lagaknya manusia yg menaip ni, bukan kadang2, selalu la jugak, pengisian dapat sana sini..plan itu plan ini..syura itu syura ini...join orang buat tu buat ni...tapi, ada masa, bila check balik, ''betol ke aku yang buat sume tu?'', bila time nak memberi, garu kepala, garu tengkuk..''apa yang aku nak bagi ni?''...kenapa yer kakak? bila konflik dalam kepala, meraja kat hati, duk asyik maen tarik tali..bila rasa tak buat 'keje', gelisah jugak ke kanan ke kiri, ..aiiishhh..apa masalah?? *dan tak paham jugak, asal macam bunyi pantun pon ada jugak ayat2 ni*

arrrr...hakikat manusia, atau hakikat cik kak yang menaip, selalu rasa diri ni lemah..memang patot pon..ke tak?..kenapa semua orang berlari2 pecut, tapi saya masih lari2 anak...kenapa semua orang dah berbuih2 mulut, saya asyik telan air liur ni?...kenapa??kenapa??kenapa?? inferior tahap infinity kah aku??tapi tak rasa pon inferior sgt..hahaha..*gelakberlagak..

*tengokcermin..not literally cermin la, belek2 jerawat kat muka, errr..kenapa yer?kalau fikir tak layak, for sure la memang tak layak..tapi masa awl2 nak start dulu, da memang firm dah, ''kalo pk tak layak, bilanya nak start, nak tggu layak, bukannya ada sijil kelayakan pon, kang malaikat izrael datang dulu kang''...dan alhamdulillah, Allah masih tsabatkan..wooowooowooo.. *nanges berhingus terharu dengan Dia..

tapi, sakit...literally sakit kat dada, panas hati, dengan diri sendiri, sedih, takut yang lebihnya...takut dengan ayat as-Saff: 

''Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu menyatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan''
(Surah as-Saff:2)

takut andainya dihadapanNya kelak, segala yang disangkakan amal, hanyalah debu-debu berterbangan semata2..*nanges*...subhanallah, memangnya, banyak sangat khilaf, kelemahan, compang-camping sini sana..dosa hati..dosa fizikal..dosa pada Pencipta...dosa pada manusia..subhanallah... takut...takut...sebab hakikatnya, kita hamba Dia, dan pada Dia kita akan kembali...subhanallah.. *nanges*..segan..segan dengan Dia..segan dengan Rasulullah...time baca pasal dia, nanges berbaldi2, tapi..actionnya?..seyes segan..

menyintaimu..tak pernah aku sesali..

Khauf wa Raja'..takut dan berharap...sesungguhnya, berharap...sangat berharap, cukupkan kekurangan hambaMu ini Ya Rabb, mampookan mana yang tak mampoo...kuatkan mana yang lemah...tunjukkan jalan bagi yang kabur...sebabnya, nak terus tsabat..giler2 nak tsabat...sebab Kau semata..tatkala hati ini faham akan erti tapisan tu, sangat2 berharap tak nak jadi yang tertapis...butuh kekuatanMu untuk kuatkan langkah..rajinkan diri untuk topup segala kekurangan..dosa lampau banyak...jahiliyah itu ini..kuatkanlah untuk benar2 erase semua jahiliyah2 tu..taknak jadi yang ironi lagi..taknak..taknak jadi tin kosong yang banyak bunyi..taknak jadi agar2 terlebih air lagi...kuatkanlah ya Rabb..pimpinlah..papahlah...*nanges*..mudahkanlah segala jalan menujuMu ya Allah..pinjamkan kekuatanMu ya Rabb..

tarbiyah itu mengubah..yang dulunya tak faham kalimah syahadah, boleh faham..boleh hadam..tapi, butuh kekuatan untuk laksanakan...subhanallah..yang kerdil terus meminta...andai ini jalan Kau rancangkan untukku, tetapkan aku di jalan ini...futur terbalik macam mana pon, aku masih ingin kekal di jalan ni, bawaku pulang kembali...

make me strong..Jika benar untukMu, mudahkanlah.

''Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (surah al-Muzzammil:20)

hasbi ya Allah hu wanikmal wakil

No comments :

Post a Comment