Tuesday 16 April 2013

aku hairan...O.o''



aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih belum berusaha mengisi kelompongan..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi perlu dijaga mutabaahnya oleh teman..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih punya masa untuk berfikir panjang tentang perkara-perkara yang tak menambahkan iman..
punya masa berjam-jam semata mata memilih baju yang bisa disedondonkan..
punya masa berjam-jam menulis caption panjang..
punya masa berjam-jam menilik muka, menengok jerawat di cerminan..
punya masa berjam-jam men'scrolldown' newsfeeds facebook setiap setengah jam..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih tidak belum ringan badannya untuk mengerjakan solat malam..
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi berkira-kira masanya untuk di'spend' di jalan panjang..
belum yakinkah dia akan janjinya Tuhan?!..
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi enggan melepaskan jahiliyahnya yang bersarang di lubuk hati, yang menjadi penghalang antara dia dengan Tuhan..
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi bisa tidur nyenyak di dalam 'duvet' hangat walaupon hakikatnya subuhnya sering ketinggalan,
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie, berkata-kata penuh lancang, tapi sayang, andai dikira dengan jari pun belum tentu ada satu pun yang dikotakan..
aku makin hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie bisa saja berubah  pendirian tatkala berdepan dengan mehnah dan ujian,
jadi, untuk siapa kamu perjuangkan di jalan panjang ini?!
aku teramatlah hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih sambil lewa dalam pelajaran,
masih melebihkan 'nap' dan rehatnya sedangkan sedar bahawa masanya terlampau sedikit untuk kerjanya yang banyak,
aku hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih lagi punya perangai melengah-lengahkan..
aku teramatlah hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih punya keinginan untuk 'escape' tatkala beban dakwah menghambat diri..
masih belum fahamkah dia itulah hakikat jalan panjang?!
aku terus terusan hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih bergelumang dengan dosa semalam..
aku teramat hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih bahagia melayan kefuturan,
aku hairan
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih bisa merajakan egonya bekerjasama dengan syaitan..
aku hairan
tatkala dia yang mengaku dirinya daie masih sukar untuk berlapang dada, masih sukar bersangka baik, lebih suka menjadi kanak-kanak yang sibuk dengan alat mainan..
aku hairan dan terus terusan hairan,
tatkala dia yang mengaku dirinya daie, hatinya sering kosong..hatinya sering rentan..hatinya sering sakit..
kenapa begitu sukar diisi dengan cinta yang SATU?!
hairan..ya aku hairan..

hakikatnya, terlampau banyak perkara yang aku hairankan tentang dia, seorang daie..
mana mungkin aku 'list'kan dalam satu malam..kerana kamu telah membuat hamba ini hairan dan terus terusan hairan..
kamu 'claim' orang beriman tu nafasnya panjang..sekali lagi kamu buat saya hairan.. ironi..sangat ironi...mana mungkin seorang daie itu lagaknya seperti yang diceritakan..



sedarlah daie, kamu tidak punya banyak masa...jalan panjang tak membutuhkan orang-orang yang menghairankan macam kamu..jika benar kamu seorang daie, maka berbuatlah..jangan biar orang-orang terus hairan..sebab kamu sudah berjanji..dan dunia takkan berubah dengan orang yang lengah..


    '' wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah, Dia Maha Kaya (tidak memrlukan sesuatu), Maha terpuji''.. (Surah al-Fatir:15)

dan hakikatnya, aku hairan dengan diriku sendiri...

astaghfirullah hal azzim..

No comments :

Post a Comment